banner

banner
jom main air..hehe

Friday, January 29, 2010

~mEtRo~


UNIMAP MEGAH[29 JAN 2010]

PASUKAN Taekwondo Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuka lembaran baru untuk 2010 dengan meraih tiga emas, dua perak dan enam gangsa pada Kejohanan Taekwondo Terbuka USM (MTA/WTF), baru-baru ini.

Pingat emas itu diperoleh menerusi Chan Tian Tian, Norazrin Mohamad Rasid dan Rurynee Roslan bagi acara ‘sparring’ wanita bagi kategori 46kg, bawah 53kg dan bawah 73kg. Dua perak pula diperoleh pelajar antarabangsa, Muntasir Yassin Hamid dalam acara ‘sparring’ lelaki bagi kategori 87kg ke atas dan Rurynee Roslan untuk acara ‘pomsae’ wanita. Enam gangsa diraih melalui acara ‘sparring’ bagi bawah 46kg wanita, bawah 49kg wanita, bawah 68kg wanita, bawah 68kg lelaki dan bawah 80kg lelaki. Pengurus pasukan, Mohd Hafeez Nordin, berkata penyertaan dalam kejohanan itu adalah sebagai persiapan dan permulaan ke arah membentuk atlit taekwondo baru. “Pihak universiti mengambil inisiatif untuk mengumpul dan menilai prestasi semasa atlit dengan menyertai kejohanan ini dan kami menghantar seramai 16 atlit yang membabitkan tujuh atlit lelaki dan sembilan wanita. “Penyertaan kali ini adalah permulaan baik untuk pasukan taekwondo UniMAP dan kami akan menggandakan lagi latihan dalam acara ‘pomsae’ sebagai persiapan untuk Sukan Masum (Majlis Sukan Universiti Malaysia) nanti,” katanya. Sementara itu, pasukan olahraga pelajar UniMAP turut mengambil bahagian pada kejohanan kali pertama USM Open Relay 2010 yang berlangsung di Kompleks Sukan USM, baru-baru ini. Pada kejohanan itu, UniMAP menyertai enam acara bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerusi 4x200m lelaki dan wanita, 4x800m lelaki dan wanita dan rangkaian 200m, 400m dan 800m lelaki dan wanita. Pada kategori wanita, UniMAP mendapat tempat keempat dalam dua acara iaitu 4x200m dan rampaian manakala gangsa, 4x800m. Bagi kategori lelaki pula, peserta UniMAP meraih pingat bagi ketiga-tiga acara disertai iaitu emas acara rampaian, perak 4x800m dan gangsa, 4x200m.


P/S: abe mat jangan jeles eh,hehe~

~nAjIhAh~

i like this pic,hehe..cam bapak n anak lak,hehe..tp sape mak die eh,hehe..shhhhhhh...hehe....u nmpak matured r dpt pic ni,hehe...leh kawin da,hehe..
cian najihah tu taw, awk pegang die kuat sgt..die jeling je tu,hehe....anyway, cantik gigi,hehe


p/s: i love u...

Wednesday, January 27, 2010

~tKd~


Ya Allah, aku syukur..alhamdulillah.. kerana memberikan kejayaan ini kepadaku..

usm, 22-24hb jan 2010

unimap anta 16 orang..8 girls, 7 boys n 1 coach..opsss...1 manager, en hafeez,hehe...unimap won 3 golds, 2 silver and 6 bronze....wow satu pencapaian yang baik,hehe..congratez to all the winner..i will never forget about this trip, very enjoyable..semua orang happy,hehe..smile always =)


p/s: i love sports,hehe

Tuesday, January 19, 2010

~SaDnEsS~


Ya Allah Ya Tuhan ku..terlalu banyak dugaan yang Engkau berikan terhadapku..Ya Allah, ampunilah segala dosa2 ku,huhu..aku kini lemah, hanyut, ak hampir berputus asa, aku bagai hilang semangat untuk ku membangun..aku sunyi sendirian..aku tidak mahu hidup bersendirian..Ya Allah Ya Tuhan ku, tabahkanlah hatiku ini..kuatkanlah semangat ku ini..bagilah aku bangkit semula.....

benarkah tiada kebahagiaan untuk ku di dunia ini,huhu..Ya Allah aku menadah tangan memohon doa kepadaMu, Ya Allah berikanlah kepadaku kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

umi, yusra mintak maaf sangat2 selama yusra dilahirkan sampai sekarang, yusra ade tinggikn suara mase cakap dengan umi, yusra penah tipu umi,huhu..yusra anak derhaka..maafkan yusra umi....maafkan yusra....




p/s: yusra sayang umi, kakak,muhd, syam....