UNIMAP MEGAH[29 JAN 2010]
PASUKAN Taekwondo Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuka lembaran baru untuk 2010 dengan meraih tiga emas, dua perak dan enam gangsa pada Kejohanan Taekwondo Terbuka USM (MTA/WTF), baru-baru ini.
Pingat emas itu diperoleh menerusi Chan Tian Tian, Norazrin Mohamad Rasid dan Rurynee Roslan bagi acara ‘sparring’ wanita bagi kategori 46kg, bawah 53kg dan bawah 73kg. Dua perak pula diperoleh pelajar antarabangsa, Muntasir Yassin Hamid dalam acara ‘sparring’ lelaki bagi kategori 87kg ke atas dan Rurynee Roslan untuk acara ‘pomsae’ wanita. Enam gangsa diraih melalui acara ‘sparring’ bagi bawah 46kg wanita, bawah 49kg wanita, bawah 68kg wanita, bawah 68kg lelaki dan bawah 80kg lelaki. Pengurus pasukan, Mohd Hafeez Nordin, berkata penyertaan dalam kejohanan itu adalah sebagai persiapan dan permulaan ke arah membentuk atlit taekwondo baru. “Pihak universiti mengambil inisiatif untuk mengumpul dan menilai prestasi semasa atlit dengan menyertai kejohanan ini dan kami menghantar seramai 16 atlit yang membabitkan tujuh atlit lelaki dan sembilan wanita. “Penyertaan kali ini adalah permulaan baik untuk pasukan taekwondo UniMAP dan kami akan menggandakan lagi latihan dalam acara ‘pomsae’ sebagai persiapan untuk Sukan Masum (Majlis Sukan Universiti Malaysia) nanti,” katanya. Sementara itu, pasukan olahraga pelajar UniMAP turut mengambil bahagian pada kejohanan kali pertama USM Open Relay 2010 yang berlangsung di Kompleks Sukan USM, baru-baru ini. Pada kejohanan itu, UniMAP menyertai enam acara bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerusi 4x200m lelaki dan wanita, 4x800m lelaki dan wanita dan rangkaian 200m, 400m dan 800m lelaki dan wanita. Pada kategori wanita, UniMAP mendapat tempat keempat dalam dua acara iaitu 4x200m dan rampaian manakala gangsa, 4x800m. Bagi kategori lelaki pula, peserta UniMAP meraih pingat bagi ketiga-tiga acara disertai iaitu emas acara rampaian, perak 4x800m dan gangsa, 4x200m.
P/S: abe mat jangan jeles eh,hehe~
tahniah kecek...walaupun u not enaf in inch but u still win to show da world,size does not being a obstacle to succeed..
ReplyDeleteabemat xjeles pn...hehe sket2 jer..
tq abemat =)..stil maintain cute kn,hehe...itu yg penting skali...kalo klh pn kene bergaye,hehe~
ReplyDeletehurm yela................hehe
ReplyDeletehehe~
ReplyDeletesy hensem...
ReplyDeleteerm..bole la...hehe~
ReplyDelete