
muharam,safar,rabiul awal,rabiul akhir,jamadil awal,jamadil akhir,rejab,sya'ban....bulan demi bulan akhirnya kita d ketemukan sekali lg 1 bln y mn terdapat byk rahmat d dalam nya iaitu Bulan Ramadhan y penuh kemulian...alhamdulillah syukur d pnjng kn umur dan kita d beri peluang lg pd tahun ini...
terdapat beberapa hadis y menceritakan kelebihan2 bln y ke-9 ini. Antaranya:
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi
jelasnya semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. Manakala syaitan pula diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
Puasa juga mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. Oleh itu, kekuatan dan kesungguhan beribadat dalam bulan ini amat dituntut sekali serta pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
p/s:selamat berpuasa..=)
rujukan:http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html
No comments:
Post a Comment