Tuesday, September 13, 2011
Restoran guna sos ada DNA babi
SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.
PRODUK sos HP dan Tabasco Pepper yang didapati mengandungi DNA babi.
Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.
“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.
Sunday, September 11, 2011
Ajaran Sesat Hassan Jonit kembali aktif di Malaysia
Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang didapati menyimpang daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998 kini dikesan kembali aktif. Ajaran itu kini dipercayai dikembangkan oleh ahli keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Menurut sumber, markas utama kumpulan tersebut yang terletak di Kampung Melayu, Batu Arang di sini, kembali dipenuhi oleh pengikut ajaran itu sejak kebelakangan ini. Kewujudan semula ajaran tersebut kini diketuai oleh seorang lelaki yang merupakan menantu kepada orang kanan Hassan.
AJARAN HASAN BIN JONIT
Bahasa Asal: Melayu
Jumlah Pembaca: 144
Negara Asal: Malaysia
Tarikh Isu: 2002-10-22
Pengarang: Dato’ Seri haji Harussani Bin Zakaria
Rujukan: Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam dan Adat Perak
CIRI - CIRI AJARAN HASAN BIN JONIT
1. Bertemu Dengan Allah
Beliau ( Hassan Bin Jonit ) mendakwa telah bertemu dengan Allah melalui Ilmu Hakikat. Walaubagaimanapun beliau tiada mencipta ataupun menulis kitab hasil pertemuan dengan Allah berbanding dengan pertemuan beliau dengan Rasulullah melalui Ilmu Hakikat Roh.
2. Bertemu Nabi Muhammad
Hassan Bin Jonit mengakui bahawa ia bertemu dengan roh Nabi Muhammad melalui Ilmu Hakikat Roh, beliau mendakwa bahawa biasa bertemu ialah ketika mengangkat nafas atau dengan istilah ( Tanaffus ). Oleh yang demikian setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatat tarikh pertemuan tersebut di dalam setiap pertemuan, pertemuan itu dinamakan perkhabaran. Hasil daripada setiap pertemuan itu telah dibukukan dan dijadikan sebanyak 24 bab. Hassan juga mendakwa kitab hasil pertemuan ini dengan dengan Nabi Muhammad melalui Hakikat Roh adalah Hadis Qudsi.
3. Boleh Tafsir Mimpi
Hassan Bin Jonit telah memperkenalkan kepada pengikutnya mengenai keupayaan beliau mentadbir mimpi. Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di Markaz, mana-mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di Markaz tersebut, pada waktu pagi selepas solat Subuh mereka akan memperkatakan mimpi masing - masing kepada Hassan untuk ditafsirkan mimpi tersebut. Segala tafsiran mimpi tersebut dijadikan panduan dan sampai satu peringkat dijadikan sumber hukum.
4. Dahi Hitam Tanda Bela Jin
Pada kebiasaannya seseorang yang rajin sembahyang kita dapat melihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam , ini adalah disebabkan daripada melakukan sujud. Mengikut Hassan bagi orang - orang yang ada mempunyai kesan sujud tersebut adalah orang - orang yang ada membela jin.
5. Solat pejam Mata
Mengikut penjelasan Hassan kepada pengikutnya bahawa bagi orang orang yang hendak mengerjakan solat hendaklah menutup mata iaitu samada solat sunat atau solat fardhu, beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah S.W.T. seseorang yang mengerjakan solat itu dalam keadaan mata terbuka. Beliau juga mendakwa bagi orang - orang yang solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir.
6. Menolak Hari Akhirat
Beliau semasa menyampaikan ajaran kepada pengikut-pengikutnya ada menyatakan bahawa Hari Akhirat tidak wujud. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa kebenaran Hari Akhirat yang telah di jelaskan dalam AI-Quran dan ditafsirkan oleh ulama' - ulama', ilmu kalam ataupun syariat agama islam adalah tidak benar. Sehubungan dengan itu beliau telah meminta kepada semua pengikut menolak adanya Hari Akhirat.
7. Mandi Wajib Dengan Celup Jari
Menurut Hassan mengikut ilmu Hakikat tidak perlu meratakan air keseluruh anggota badan bagi seseorang yang hendak mandi wajib, hanya cukup dengan mencelup jari kita di dalam air, beserta niat maka sempurnalah mandi wajib tersebut.
8. Dilarang Berdoa Untuk Orang Lain
Di antara ajaran lain yang telah diperkenalkan oleh Hassan iaitu, melarang pengikut-pengikutnya mendoakan untuk orang lain, ini adalah disebabkan seseorang itu hanya layak mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja. Beliau mendakwa hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak mendoakan seseorang yang lain.
9. Wakil Guru Dari Luh Mahfuz
Hassan bin Jonit mendakwa bahawa beliau adalah wakil guru dari Loh Mahfuz yang dilantik khas ke bumi iaitu Baladil Amin, beliau juga mendakwa bahawa bagi orang - orang yang mempercayai dan mengikuti pengajaran beliau akan selamat dunia dan akhirat.
10.Wakil Guru Seluruh Dunia
Selain dari mengakui beliau sebagai 'Wakil Guru Dari luh Mahfuz' Hassan juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad telah memberikan dan mengijazahkan segala ilmunya kepada beliau. Segala ilmu Nabi Muhammad juga diberikan kepada beliau sahaja di dalam dunia.
11.Mencabar Pihak Berkuasa Agama
Untuk menegakkan kebenaran ajaran beliau, beliau mencabar Pihak berkuasa Agama dengan mendakwa sekiranya Pihak Berkuasa Agama mengambil tindakan terhadapnya beliau akan menurunkan malaikat untuk menghancurkan mana - mana pegawai agama yang mengambil tindakan terhadap beliau. Beliau juga mendakwa bahawa semua ilmu yang ada pada beliau telah mendapat kepujian daripada Allah S.W.T.
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang kali ke 157 pada 15 Syaaban 1423 bersamaan 22 Oktober 2002 sebulat suara berpendapat bahawa ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit adalah sesat dan menyesatkan serta terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
sumber: KOsmo dan Sistem Pengurusan Fatwa

Saturday, September 10, 2011
HIDUP
SAAT BERGANTI SAAT MELAHIRKAN DETIK2 MINIT SEHINGGA MENLENGKAPKAN PUSINGAN 24JAM SEHARIAN. SESUBUH LAGI KERETA MENGAUM DI JALANAN, PARA PENCARI REZEKI GIAT MENYUSUN BEKAS2 KUIH-MUIH LAUK-PAUK, MENJADI JUADAH SARAPAN SI PENJAGA SEBAGAI ALAS PERUT BEKALAN TENAGA UNTUK MENCARI NAFKAH SESUAP NASI.
MASA BEGITU PANTAS BERLALU. CEMBURUNYA MASA DENGAN KU. MASA SEHARI XPERNAH MENODAI ATAU DINODAI SESAAT PUN. YA ALLAH HEBATNYA ENGKAU SEBAGAI PENGURUS MASA DAN SEGALA2NYA. MASA PASTI BERLALU BERSAMA SUATU KISAH. IA 1001 KISAH. KISAH YANG MENCERITAKAN SEGALA PENGALAMAN LALU. KISAH YANG SILAM TETAP MENJADI MEMORI KENANGAN TERPAHAT DALAM HIDUP KU, SULUHAN ILMU MELALUI PENGALAMAN SAMA ADA PAHIT ATAU MANIS MEMATANGKAN KU. SENYUM TAWA SEDIH PILU SENTIASA MENGIRINGIKU SETIAP KALI INGATANKU MENGELAMUN KISAH2 LALU PABILA RASA RINDU DATANG MENYAPAKU. TIADA YG LEBIH NIKMAT HANYA DAPAT BERSAMA RAKAN2 DI LAMAN UNIVERSITI DAHULU. 4TAUN CUKUP PANTAS BERLALU. CUKUP PANTAS SEKALI.
KINI MEREKA PERGI MENCARI HALUAN MASING2 IBARAT ANAK2 PENYU DIBEBASKAN PENJAGA DAPAT MENGHIDU UDARA SEGAR, BERENANG BEBAS, TIADA LAGI KONGKONGAN KOLAM SEMPIT NAMUN ADAKAH ANAK2 PENYU DAPAT MENYAMBUNG HIDUPNYA SETELAH SEKIAN MASA DIJAGA, DIBELAI, DIBERI MAKAN? GAGAHKAH ANAK2 PENYU MERENTASI OMBAK BESAR, MELAWAN PEMANGSA YG LEBIH KUAT, BERENANG BERJUTA2 KILO? PENGALAMAN TERSEBUT PASTI AKAN MENGAJAR ANAK2 PENYU AGAR LEBIH KUAT DAN BERHATI2 PADA HARI MENDATANG, ITU PUN JIKA MEREKA DAPAT MELEPASI HALANGAN2 TERSEBUT. LIKU2 ITU MEMBERI SUATU KISAH, KISAH ITU PULA MENGANDUNGI SUATU PENGALAMAN DAN PENGALAMAN ITU PULA BERINTIKAN ILMU. PENGALAMAN MENGAJAR ERTI HIDUP KERANA PENGALAMAN ADALAH SALAH SATU CABANG ILMU. ILMU ITU SANGAT LUAS. CARILAH IA DIMANA SAHAJA. FAKIR LAH ORANG YANG TIADA ILMU.
PADA HARI INI, KISAH LALU MENGAJAR KU ERTI HIDUP. NAMUN PERJALANAN HIDUP KU MASIH JAUH YANG HARUS DIREDAHI.

Subscribe to:
Posts (Atom)